Perak siasat dakwaan penceramah antivaksin

Perak siasat dakwaan penceramah antivaksin

Perak siasat dakwaan penceramah antivaksin

IPOH: Kerajaan Perak tidak akan ambil tindakan drastik termasuk menarik balik tauliah pendakwah yang dikatakan menyampaikan kandungan ceramah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berkaitan penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, berkata setakat ini pihaknya belum menerima maklumat mahupun aduan mengenai pendakwah atau penceramah sedemikian.



“Kita akan siasat dahulu kesannya sejauh mana (implikasi). Berasaskan siasatan itu, nanti sudah tentu ada tindakan undang-undang (sedia ada yang boleh disabitkan).

“Siasatan perlu dijalankan (terlebih dahulu) kerana kita tidak boleh menghukum orang tanpa (memperoleh) maklumat yang betul,” katanya dalam sidang media secara maya di aplikasi Zoom, hari ini.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri diminta mengulas mengenai tindakan tegas pihak berkuasa agama beberapa negeri yang menarik balik tauliah mengajar pendakwah sedemikian.

BH sebelum ini melaporkan, pendakwah berpangkat Datuk serta pengetua madrasah di Lenggong antara yang dikesan di negeri ini cuba mempengaruhi masyarakat agar tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan COVID-19 dalam beribadat selain berbaur antivaksin.



Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan lima inisatif bermula bulan ini berkaitan COVID-19 terutama aspek pemberian vaksin bagi membolehkan warga negeri mencapai imuniti kelompok.

Katanya, inisaitf itu merangkumi program saringan RTK Antigen secara bersasar mengikut lokaliti ‘kawasan khas’ bagi mengenal pasti pesakit tidak bergejala; vaksinasi pandu lalu; khidmat capaian khas kumpulan vaksinasi bergerak; pengangkutan; dan pembelian vaksin oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“Melalui inisiatif ini, 15,000 suntikan harian disasarkan untuk bulan Jun dan akan terus meningkat berbanding purata 8,000 suntikan harian pada Mei lalu yang mana dilihat membolehkan fasa kedua program imunisasi dapat diselesaikan segera bagi membolehkan fasa ketiga dimulakan,” katanya sambil menambah PPV juga tidak akan ditambah kerana 31 yang ada sudah memadai.

Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera di Perak kini berjumlah 889,680 orang iaitu 46 peratus daripada jumlah 1.86 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas. BH



Perak siasat dakwaan penceramah antivaksin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


MB, Exco Perak sumbang tiga bulan gaji pada Tabung Bencana COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker