Sweet Qismina dan Adam Lee bertunang

Sweet Qismina dan Adam Lee bertunang

Tiga tahun menyulam cinta, pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee mengikat tali pertunangan, petang tadi.

Majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).



Bertemakan putih dan songket, majlis pertunangan lebih manis apabila Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyambut ulang tahun kelahiran ke-24.

“Ini bukan babak penggambaran drama, kami betul-betul bertunang,” kata Qismina yang meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 3.0 ini.

Pada ABPBH 34, Sweet tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Adam bagi drama lakonan mereka, Bidadari Salju.

Pada majlis pertunangan itu, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada Adam.



Sweet berkata, majlis pertunangan itu sudah lama dirancang.

“Kebetulan majlis pertunangan kami berlangsung dalam ‘perang’ kempen ABPBH 34. Ini bukan gimik, sebenarnya rezeki.

“Peminat kami sudah lama menanti ikatan terjalin. Sama juga dengan peminat di Indonesia yang bertanya-tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.

“Jadi, ini mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.



Sweet berkata, mereka sepakat mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Perancangan atau keputusan untuk berkahwin belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dahulu.

“Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Ini masa untuk kami bekerja semula,” katanya.

Hubungan pasangan ini dikatakan mekar selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya menghadiri ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2018. Sebelum itu, mereka digandingkan dalam drama Adam Chempaka. BH



Sweet Qismina dan Adam Lee bertunang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker