Kamal enggan dedah tarikh nikah

Kamal enggan dedah tarikh nikah

Pelakon Kamal Adli, 35, menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Uqasha Senrose, 29, dalam masa terdekat seperti gosip yang tersebar, sejak awal bulan ini.

Katanya, dia dan Uqasha terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetujui awal. Malah, akan mengendalikan program terbaharu, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) siaran TV3 bermula 31 Oktober ini.

Kamal menegaskan, dia tidak akan berkahwin sehingga program LCK3 selesai.

“Sekarang, saya dan Uqasha masih membuat persiapan perkahwinan.

“Jadi, kami tidak akan berkahwin selagi program LCK3 masih berjalan mahupun sudah selesai,” katanya kepada BH Online.

Kamal ditemui ketika sidang media program LCK3 secara virtual, hari ini.

Terdahulu, gosip Kamal dan Uqasha bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini bertiup kencang dalam media sosial.

Desas-desus dikuatkan lagi dengan majlis parti bujang meraikan Uqasha bertemakan gaya Sepanyol yang berlangsung di sebuah kediaman di ibu kota pada 6 Oktober lalu.

Meskipun diasak, pelakon drama Duda Pujaan Dara dan Perempuan Tanpa Dosa itu cuba mengelak daripada memberitahu tarikh perkahwinan yang ditetapkan.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu.

Sebelum itu, Kamal melamar Uqasha secara terbuka di satu pentas anugerah pada Disember, tahun lalu.

Pasangan ini turut berentap dalam kelompok Top 5 bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Menerusi program LCK3 yang diterbitkan sebanyak lapan episod, Kamal bergandingan dengan pelakon dan pengacara, Ain Edruce di samping barisan juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. BH

Kamal enggan dedah tarikh nikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker