Mamat Khalid Sempat Doa Selamat Panjang Umur Kepada Jaafar Onn, Status FB Jadi Mesej Akhir Arwah

Mamat Khalid Sempat Doa Selamat Panjang Umur Kepada Jaafar Onn, Status FB Jadi Mesej Akhir Arwah

UCAPAN selamat panjang umur sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-70 Jaafar Onn baru-baru ini daripada Allahyarham Mamat Khalid akan kekal dalam ingatan pelakon senior itu sampai bila-bila.

Lebih meninggalkan kesan apabila doa yang dibuat menerusi Facebook pada Sabtu itu menjadi perkongsian terakhir arwah Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Ahad.



“Terkejut sangat apabila dapat tahu Mamat Khalid dah tiada. Baru kelmarin dia wish birthday saya dengan ucapan panjang umur.

“Saya juga sempat balas mesej dia. Tapi tak sangka dia yang ucap selamat panjang umur kepada saya tapi ajal dia sampai dulu.

“Moga arwah tenang di sana… moga Allah lapangkan kuburnya,” kata Jaafar ketika dihubungi mStar.

Pada Sabtu Mamat memuat naik posting ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Jaafar yang disambut pada 19 Oktober lalu.

“Selamat panjang umur kekanda abang Jay ku yang meleleh Jaafar Onn,” tulis arwah secara ringkas sambil berkongsi gambar kek yang dikirimkan Jaafar kepadanya.

Bercerita lanjut tentang kek berkenaan, Jaafar berkata dia juga tidak menyangka ia menjadi hadiah terakhir untuk arwah.



“Kek tu dimasak sempena birthday saya, mana pernah orang yang sambut hari jadi yang bagi kek

“Saya masak kek Arab dan hantar kat dia. Sebenarnya dia share kat FB selepas dia dah makan kek tu,” katanya.

Mengulas tentang kenangannya dengan arwah, Jaafar berkata dia bersyukur apabila Mamat memberi kepercayaan untuk kembali berlakon.

“Saya rasa terkilan sangat… sudah terputus hubungan kita yang hidup ni dengan dia.



“Dia banyak bagi saya tawaran berlakon… Saya rindu dia sangat-sangat.

“Dia kembalikan saya dalam bidang lakonan, memang sedih sangat tapi kita kena reda kerana ini ketentuan Allah,” katanya.

Untuk rekod Jaafar baru sahaja membintangi filem arahan Mamat iaitu 18 Puasa di Kampung Pisang yang ditayangkan pada April lalu.
Tambah Jaafar, dia cukup selesa bekerja di bawah arahan Mamat yang disifatkannya sangat peramah dan berbudi bahasa.



“Mamat ni orangnya pendiam tapi ramah apabila berjumpa orang, ia membuatkan saya rasa selesa dengan dia.

“Dia selalu panggil saya dengan gelaran ‘idolaku’ sebab dia ni suka bergurau.

“Arwah ni akan layan semua artis macam anak beranak dia. Dia layan dengan cukup mesra macam keluarga,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad-mSTAR



Mamat Khalid Sempat Doa Selamat Panjang Umur Kepada Jaafar Onn, Status FB Jadi Mesej Akhir Arwah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jenazah Allahyarham Mamat Khalid Selamat Dikebumikan [VIDEO]

PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil Kecoh, Idris Harun Muncul Beri Ucapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker