Jenazah Allahyarham Mamat Khalid Selamat Dikebumikan [VIDEO]

Jenazah Allahyarham Mamat Khalid Selamat Dikebumikan


IPOH:
 Jenazah Allahyarham Mamat Khalid, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, di sini kira-kira pukul 2.26 petang.

Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.



Terdahulu, jenazah pengarah tersohor itu disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam dekat sini.

Hadir pada majlis pengebumian tersebut ialah ahli keluarga dan waris terdekat.

Selain itu, beberapa rakan selebriti termasuk Datuk Awie; Pekin Ibrahim; Zul Ariffin; Khir Rahman; dan ramai lagi turut hadir memberikan penghormatan terakhir.



Pemergian allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasilkan francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.-Awani



Jenazah Allahyarham Mamat Khalid Selamat Dikebumikan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh



‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker