Sajat bukan yang pertama dan terakhir…

INSIDEN yang melibatkan Sajat bukan yang pertama dan terakhir. Itu yang pasti.

Masalah dengan Sajat ialah dia bukan sahaja memprovokasi pihak berkuasa tetapi pada masa sama menggunakan media sosial untuk menayang-nayang provokasinya itu.

Semalam, ada orang pos kepada Belalang satu video pendek yang memperlihatkan gelagat dan aksi lucah menayang serta menunjukkan bahagian alat sulitnya.

Walaupun alat sulitnya tidak kelihatan secara terang-terangan kerana dia memakai seluar dalam tetapi ia memberi imaginasi liar apa yang berada di sebalik itu.

Dia nak buktikan bahawa dia bukan lagi seorang lelaki, malah dalam video itu kedengaran dia menyebut dengan jelas yang alat sulit lelaki telah tiada.

Dalam dunia ini termasuklah di Malaysia, ramai lagi golongan sejenis dengan Sajat, tapi apa yang membezakan mereka dengan Sajat?

Mereka tidak membuat provokasi menggunakan kekuatan media sosial dengan menayang bahagian sulit untuk membuktikan mereka telah berubah fizikal dan mental. Mereka tidak melakukannya seperti Sajat.

Sebaliknya, Sajat sama ada dengan sengaja atau tidak berbuat demikian. Sajat membuat provokasi dan pihak berkuasa termakan dengan provokasi Sajat.

Sajat dengan sengaja mempopularkan dirinya dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya.

Kini, selepas dia meloloskan diri ke Australia dan setelah berasa ‘selamat’, Sajat melakukan satu lagi provokasi iaitu menuduh kakitangan pihak berkuasa agama melakukan perbuatan yang tidak baik dengan sengaja memalukannya.

Dia dengan senang boleh berkata demikian kerana dia kini telah melarikan diri jauh dari Malaysia. Mula-mula di Bangkok, kini di Australia. Mungkin di Perth, Sydney, Melbourne atau Gold Coast.

Siap ditayangkan lagi bakal rumah baharunya. Ini semua adalah perbuatan provokatif untuk memberitahu satu Malaya, kau ada kuasa tapi kau tak boleh tangkap aku kerana aku kini berada jauh di perantauan dan tidak lagi di bawah cengkaman kau. Padan muka. Lebih kurang macam itulah gamaknya apa yang cuba diberitahu Sajat.

Apa yang lebih memalukan dan memberi ‘kemenangan’ kepada Sajat ialah di pihak yang satu lagi asyik berkata Sajat akan dibawa pulang menerusi pelbagai saluran termasuk saluran diplomatik dan undang-undang. Hakikatnya Sajat dah terlepas bebas.

Inteligensia Malaysia diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia tetapi dari awal-awal lagi bagaimana Sajat boleh meloloskan diri melepasi sempadan negara adalah bukti jelas bahawa Sajat bukan menjadi keutamaan di bawah pengawasan intel negara.

Maka dengan itu nasihat Belalang cuma satu − lupakan saja Sajat. Dia tidak lagi berada di bawah bidang kuasa kita dan juridiksi kita lagi.

Belalang – Bye-bye Sajat.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mawar calon ketiga Ashraf?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker