Jangan ikut arahan marsyal kawal lalu lintas tanpa polis – Bukit Aman

Jangan ikut arahan marsyal kawal lalu lintas tanpa polis – Bukit Aman

Pengguna jalan raya boleh mengingkari arahan pengiring konvoi atau “marsyal” yang mengawal lalu lintas tanpa pembabitan polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mat Kasim Karim.

Beliau berkata, marsyal hanya boleh digunakan dalam pertandingan, konvoi atau apa jua program dengan kehadiran anggota polis.



“Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marsyal ini, sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada pegawai polis, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan warden trafik pihak berkuasa tempatan mengawal lalu lintas di jalan awam,” katanya dilaporkan Berita Harian.

Pada 20 Nov lalu, tular video satu minit 10 saat di media sosial menunjukkan aksi marsyal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Tindakan mereka dipercayai untuk memberi laluan kepada konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak melepasi lampu isyarat merah. FMT



Jangan ikut arahan marsyal kawal lalu lintas tanpa polis – Bukit Aman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat



Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker