Sebar maklumat tak benar, polis cari individu rakam gambar aksi pergaduhan di Ipoh

Sebar maklumat tak benar, polis cari individu rakam gambar aksi pergaduhan di Ipoh

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh membuat laporan terhadap pemilik akaun media sosial susulan tular gambar seorang anggota polis kononnya tidak meleraikan pergaduhan yang berakhir dengan kematian seorang lelaki di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat pegawai polis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dan usaha mengesan individu yang merakam gambar kejadian giat dijalankan. Ini kerana gambar itu ditularkan dan memperlihatkan seolah-olah polis tidak meleraikan pergaduhan itu.

“Perbuatan menyebarkan maklumat tidak benar dan tohmahan tidak berasas di media sosial boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta dikhuatiri menjejaskan kredibiliti polis,” katanya.

Dalam kejadian semalam, pergaduhan membabitkan beberapa lelaki itu yang dipercayai berpunca daripada alat pembesar suara bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dicekik.

Yahaya berkata, pada hari kejadian, polis menerima maklumat lalu bergegas ke lokasi dan berjaya meleraikan pergaduhan tersebut.

“Tiga suspek telah ditahan pada ketika itu dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Senam. IPD Ipoh amat terkesan dengan kenyataan mengenai gambar tempat kejadian yang memaparkan tindakan pegawai dari balai polis tersebut dan ditularkan di media sosial hingga mendapat perhatian masyarakat.

“Tindakan individu tersebut menyebar gambar tanpa mengetahui fakta sebenar amat tidak bertanggungjawab dan dikesali,” katanya.

Tambah beliau, polis sentiasa menjalankan amanah dan menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan profesional, khususnya dalam kes seperti ini yang melibatkan nyawa.

“Bagi kes bunuh yang berpunca daripada pergaduhan tersebut, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai melihat kejadian diminta tampil ke IPD Ipoh atau menghubungi pegawai penyiasat, Azalina Rais ditalian 013-6282176 untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak benar serta membuat spekulasi kerana boleh menjejaskan siasatan. FMT

Sebar maklumat tak benar, polis cari individu rakam gambar aksi pergaduhan di Ipoh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker