3 bulan kecuali faedah buat peminjam B50 – Ismail Sabri
PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) yang akan dijalankan sektor perbankan dalam masa terdekat dalam usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Urus merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.
Beliau berkata, ia turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.
“Kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.
“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, program Urus itu telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Menurutnya, butiran selanjutnya mengenai program Urus akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.
“Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan kerajaan sejak Mac 2020.
“Kerajaan berharap dengan pendekatan whole-of-nation dan penyatuan usaha seluruh rakyat Malaysia, kita mampu merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya.
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
PM ingatkan menteri, jangan ‘tinggalkan’ peserta Felo Perdana