Cendekiawan Islam tersohor Maulana Rabey meninggal dunia di India

Cendekiawan Islam tersohor Maulana Rabey meninggal dunia di India

NEW DELHI: Cendekiawan Islam tersohor di India, Maulana Syed Muhammad Rabey Hasani Nadwi, meninggal dunia pada usia 93 tahun kerana sakit tua di bandar Lucknow, semalam.

Allahyarham telah berkhidmat sebagai Presiden All India Muslim Personal Law Board (AIMPLB) yang merupakan sebuah badan utama ulama, serta penaung universiti Islam terkenal, Darul Uloom Nadwatul Ulama di Lucknow, kira-kira 530 kilometer (km) dari New Delhi.

“Kami memohon semua orang untuk mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat,” menurut AIMPLB.

Maulana Rabey cukup dikenali kerana keilmuannya, dan telah mengarang berpuluh-puluh buku dalam bahasa Arab serta Urdu. Antara hasil karya Allahyarham yang terkenal ialah Rahbar-e-Insaniyat membabitkan biografi Nabi Muhammad SAW.

“Maulana Rabey adalah antara personaliti Muslim terhebat di India. Beliau adalah pemikir konsensus mengenai bidang teologi, dan pandangannya dihormati secara meluas,” kata intelektual, Zafarul Islam Khan.

Rahul Gandhi, Akhilesh Yadav dan Mayawati adalah antara ahli politik terkemuka yang mengucapkan takziah atas kematiannya.

“Seorang sarjana Islam yang terkenal. Sumbangannya kepada kemajuan pendidikan akan sentiasa diingati,” kata Presiden parti Kongres Mallikarjun Kharge melalui ciapan dalam Twitter.

Ribuan jemaah, termasuk pelajar dan guru, menyertai solat jenazah Allahyarham yang diadakan di Darul Uloom, malam tadi.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke kampung halaman di daerah Raebareli, 80km dari Lucknow, untuk dikebumikan pada pagi tadi. BH

Cendekiawan Islam tersohor Maulana Rabey meninggal dunia di India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker