Katak tanpa kepala melompat selepas jadi hidangan atas pinggan

Katak yang sudah disiat kulit dan dipotong kepala dirakam cuba melompat keluar dari pinggan hidangan. – Douyin

BEIJING – Seorang pelanggan restoran di Chengdu, China berdepan kejadian mengejutkan apabila hidangan katak tanpa kepala yang dipesan tiba-tiba melompat di atas pinggan, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Lelaki itu telah memesan makanan istimewa tempatan iaitu katak lembu yang diperap dalam minyak cili dan biji lada.

Dalam video yang dimuat naiknya di laman Douyin, seekor daripada katak tanpa kepala itu dilihat bergerak dan menggerakkan kakinya beberapa kali.

Haiwan yang sepatutnya sudah mati itu akhirnya menolak dirinya keluar dari mangkuk dan ke atas meja.



Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan mempertimbangkan menjadi pemakan sayur atau vegetarian selepas ini.

“Itu katak zombi, sangat menakutkan. Saya tidak mahu makan apa-apa hidangan berkaitan daging selepas menonton klip ini,” komen seorang pengguna media sosial.

Haiwan kadangkala boleh bergerak selepas kematian kerana rangsangan saraf dan berdasarkan bukti saintifik, adalah mungkin untuk katak hidup tanpa otaknya.

“Batang otak mengawal banyak bahagian tengah dan perlu bagi seluruh badan kita seperti denyutan jantung, pencernaan dan fungsi lain.



“Jadi, secara teorinya, badan boleh bertahan dengan hanya sebahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang dikaitkan dengan kesedaran, ingatan dan membuat keputusan telah hilang,” kata profesor dari California Polytechnic State University, Emily Taylor. – Agensi

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker