Kendall Jenner dikecam tidak pandai potong timun

KENDALL Jenner gagal memotong timun ketika muncul dalam episod terbaharu rancangan realiti, The Kardashians. – Hulu

CALABASAS, CALIFORNIA – Kendall Jenner menerima kecaman di media sosial pada Khamis lalu selepas rakamannya terkial-kial memotong sebatang timun tular, lapor portal berita MailOnline semalam.

Supermodel berusia 26 tahun itu dikecam susulan penampilan sulungnya dalam episod terbaharu rancangan realiti, The Kardashians di mana kemahiran masakannya yang kurang cemerlang dipamerkan.

Dalam episod itu, Kendall dilihat melawat rumah agam ibunya, Kris Jenner di Calabasas, Los Angeles di mana dia memutuskan untuk menyediakan sendiri salad buat Kris.

Dia menolak tawaran Kris untuk meminta chef professional mereka menyediakan makanan seperti kebiasaan.



Kendall bertegas mahu menyediakannya dengan sendiri kerana menganggap kerja memotong timun adalah mudah.

Wanita itu cuba memotong sayur tersebut dengan membengkokkan tangannya dalam posisi yang dilihat sangat janggal, manakala ibunya memandang dengan perasaan bingung.

Tidak lama kemudian, Kendall mengalah dan mengakui bukan pemotong timun yang baik dan dilihat takut-takut memegang pisau. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker