Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia

Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia

Sekatan perjalanan yang diperkenalkan selama 18 bulan tempoh pandemik Covid-19 mengakibatkan jurang mobiliti global semakin meluas.

Menurut firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global yang berpusat di London, Henley & Partners, jurang itu adalah paling meluas sejak pihaknya memperkenalkan Indeks Pasport Henley, 16 tahun lalu.

Indeks pasport itu berdasarkan data eksklusif yang disediakan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Berdasarkan indeks terbaharunya, pasport Jepun dan Singapura berada pada tangga pertama apabila pemegangnya dapat melakukan perjalanan tanpa visa ke 192 destinasi.

Ia adalah 166 destinasi lebih banyak daripada Afghanistan, yang berada di tangga ke-199.

Pemegang pasport Afghanistan hanya dapat memasuki 26 negara, tanpa visa.

Menurut laporan indeks itu juga, kedudukan 10 tempat teratas hampir tidak berubah ketika memasuki suku akhir 2021.

Korea Selatan berkongsi kedudukan dengan Jerman di tempat kedua dengan 190 destinasi, manakala Finland, Itali, Luxembourg, Sepanyol, di tempat ketiga dengan 189 destinasi).

Negara Kesatuan Eropah (EU), seperti biasa, mengungguli senarai 10 teratas, dengan Austria dan Denmark di tempat keempat.

Perancis, Ireland, Belanda, Portugal, Sweden, di tempat kelima.

New Zealand, yang minggu ini baru mengumumkan beralih daripada strategi sifar Covid-19 kepada sistem sijil vaksin, berada di tempat keenam bersama-sama Belgium dan Switzerland.

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang berada pada posisi teratas indeks itu pada tahun 2014 berada di tempat ketujuh, pada senarai tahun ini.

Kedua-dua negara itu berkongsi kedudukan dengan Republik Czech, Greece, Malta, Norway, dengan akses tanpa visa atau visa atas permintaan ke 185 destinasi.

Australia dan Kanada berada di tempat kelapan, manakala Hungaria berada di kedudukan kesembilan sementara Lithuania, Poland dan Slovakia berkongsi tempat ke-10 (182 destinasi). HM

Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker