Rentas negeri, Mira Filzah beri teguran

Teruja nak rentas negeri? Ini pesan Mira Filzah

Memahami keterujaan seluruh warganegara yang tidak sabar untuk memulakan perjalanan rentas negeri susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, aktres Mira Filzah sempat menitipkan pesanan agar semua pihak mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Turut menyambut baik berita yang ditunggu-tunggu tersebut, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, amat berharap orang ramai dapat menjaga diri bagi mengelakkan kes positif Covid-19 kembali meningkat.

“Alhamdulillah tetapi jaga diri okey. Jangan sampai kes naik semula, tolonglah.

“Jadilah rakyat yang bertanggugjawab,” kata pelakon Sweet Dreams itu dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

Selain pesanan tersebut, bekas pengacara Nona itu turut menasihatkan orang ramai agar membuat ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebelum dan selepas melakukan aktiviti merentas negeri.

“Hendak pergi mana-mana, lakukanlah ujian RTK-Ag sebelum dan bila sudah pulang,” katanya lagi.

Hari ini, rakyat Malaysia seperti menerima kejutan istimewa selepas Ismail Sabri mengumumkan pihak kerajaan telah menarik semula larangan rentas negeri bermula esok. K Online

Rentas negeri, Mira Filzah beri teguran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker