[VIDEO] Al-Aqsa Kembali Bergolak

BAITULMUQADDIS – Pertempuran baharu tercetus antara penduduk Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa di kota Baitulmuqaddis hari ini, kata wartawan agensi berita AFP dan polis.

Pertempuran tersebut merupakan kekacauan terbaharu yang tercetus di kawasan sensitif itu yang dianggap suci oleh kedua-dua orang Islam dan bangsa Yahudi.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, anggota-anggota polis menjadi sasaran rakyat Palestin yang membaling batu ke arah mereka.

Menurutnya, polis terpaksa bertindak terhadap kumpulan penunjuk perasaan tersebut.



Seorang pemberita AFP di lokasi kejadian memberitahu bahawa pertempuran sengit masih berterusan di lokasi tersebut antara polis Rejim Zionis dan penduduk Palestin setakat pukul 7.30 malam ini (waktu Malaysia).

Israel rempuh Masjid Al-Aqsa, lebih 170 jemaah Islam cedera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker