Zara Zya kena kecam promosi produk tegangkan payudara

Sebaran :

Zara Zya kena kecam promosi produk tegangkan payudara

Pelakon Zara Zya sekali lagi menjadi bahan cemuhan dan kecaman netizen selepas dilihat mempromosikan produk menegangkan aset wanita dan menyiarkan kandungan iklan tidak senonoh dalam Instagramnya.

Zara ketika dihubungi Kosmo Online! bagaimanapun berkata, dia tidak merasakan dan melihat ulasan berbayar (review) yang dilakukannya sebagai keterlaluan dan sensitif.

“Dari segi pemahaman dan logik akal, saya bukanlah keterlaluan, cuma segelintir rakyat Malaysia terlalu sensitif dan pantang lihat benda-benda sebegitu.

“Tapi terpulanglah kepada diri mereka sendiri nak nilai macam mana. Saya pun tak boleh nak komen banyak atas perkara itu. Masing-masing ada pendapat dan hak peribadi nak komen,” katanya

Tambah pemilik nama lengkap Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 36, dia tidak ada kuasa dan hak untuk menutup mulut netizen yang terus menerus memgecam dan mengkritik tindakannya yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita Islam berhijab.

“Saya tak boleh nak marah mereka. Apa mereka nak selar dan kritik, terpulanglah. Saya terima dan akan cuba perbaiki diri.

“Saya pun cari rezeki seperti mereka semua. Selagi saya tak dedahkan aurat kepada umum, itu sudah cukup memadai,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Love You Mr. Arrogant, dia sentiasa melihat dan menerima perkara tersebut dari sudut positif dan membina.

“Kalau kita pandang sesuatu dari sudut positif, maka positiflah perkara tersebut. Maka, kalau benda yang dipandang negatif, begitulah jadinya,” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen dalam Instagram, rata-rata netizen melemparkan kata-kata kurang enak dan sudah mula bosan dengan hantaran yang dimuat naik bekas tunang kepada pelakon Hafreez Adam itu.

“Dia dah mula balik dah. Maaf terpaksa unfollow (tidak mengikuti) kamu lagi lepas beberapa kali nampak hantaran seperti ini.

“Daripada minat terus tak minat dah. Muak rasa. Maaf ya Zara. Bukan tidak ditegur, tapi tetap sama. Mungkin jumlah bayaran yang dia dapat lagi penting walaupun terpaksa burukkan imej dan nama,” tulis netizen.

Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan tidak selesa dengan beberapa hantaran Zara yang dilihat kerap mempromosikan produk seperti memantapkan aset wanita seperti punggung dan payu dara.

Malah, ada juga pengikut dalam platform Instagramnya memohon maaf kerana terpaksa berhenti daripada mengikuti akaun Instagramnya kerana tidak mahu melihat hantaran yang dianggap seksi, sensitif dan keterlaluan. K Online

Zara Zya kena kecam promosi produk tegangkan payudara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim


Sebaran :

Leave a Reply