Mawar Dedah Fizo Bakal Kahwin Hujung Tahun?

Mawar Dedah Fizo Bakal Kahwin Hujung Tahun?

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abd Karim ada memaklumkan bahawa bekas suaminya itu pernah bercakap mengenai soal kahwin lain tapi tidak dipastikan bilakah tarikh rasmi majlis tersebut.

“Insya-Allah Hujung Tahun..” Fizo Omar Beri Bayangan Bila Nak Kahwin Lagi, Rupa-Rupanya..

Desas-desus itu timbul apabila ada dakwaan yang mengatakan Fizo Omar bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.

Mawar yang dihubungi sebuah media berkata demikian dan turut memberitahu bahawa Fizo serius dengan perhubungan yang dijalin bersama wanita tidak didedahkan identitinya itu.

Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Ujar usahawan tudung terkemuka itu lagi, dia mendoakan yang terbaik buat Fizo dan berharap segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

Dia cakap lama dah soal ni. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar daripada kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi kita doakan yang terbaik.

Usaha tabloid media itu mendapatkan jawapan dan maklum balas mengenai perkara tersebut dilaporkan gagal kerana panggilan dan pesanan WhatsApp yang tidak berjawab.

Terdahulu, Fizo dan Mawar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019 setelah enam tahun berumah tangga.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Bn

Mawar Dedah Fizo Bakal Kahwin Hujung Tahun?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker