Pejuang lengkap 4 penjuru?

MELAKA: Pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Melaka hampir pasti setelah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) negeri menyatakan kesediaan untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Pejuang Melaka, Dzulkarnain Saiful Nathan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil bahagian dalam PRN berkenaan.

Beliau berkata, meskipun parti iti baru diluluskan secara rasmi Julai lalu, penyelaras di enam Parlimen di negeri ini telah dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan termasuk persediaan jentera pilihan raya.

Bagaimanapun, ujarnya, sehingga semalam, belum wujud perbincangan rasmi atau kata putus daripada pucuk pimpinan tertinggi, berhubung penyertaan dalam PRN.

“Kami (Pejuang Melaka) belum terima apa-apa arahan, namun sudah bersedia 100 peratus di semua peringkat Parlimen dan DUN. Cuma ada sedikit kemas kini yang perlu dilakukan kerana kami parti kecil.

“Saya tidak boleh nyatakan berapa jumlah kerusi DUN yang Pejuang Melaka akan bertanding kerana tertakluk kepada keputusan pusat dan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, pertembungan satu lawan satu dalam PRN Melaka mustahil untuk direalisasikan berikutan pendirian UMNO menolak mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

UMNO juga sehingga kini belum memutuskan sama ada perlu bekerjasama dengan Pas, walaupun masih menjalinkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN). – UTUSAN

Pejuang lengkap 4 penjuru?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Melaka: UMNO atau Bersatu, PAS masih dalam dilema

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker