Zuraida Masih Menteri, Boleh Hadir Mesyuarat Kabinet Rabu Ini – Ismail Sabri

Zuraida Masih Menteri, Boleh Hadir Mesyuarat Kabinet Rabu Ini – Ismail Sabri

TOKYO: Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi masih kekal selagi tiada keputusan dibuat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismil Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setakat ini Zuraida tidak membuat tindakan rasmi untuk berhenti dari Kabinet dan beliau selaku Perdana Menteri juga tidak memecat Ahli Parlimen Ampang itu.

Perdana Menteri berkata, keputusan masih terletak di tangannya, dan beliau akan memanggil Zuraida untuk mengadakan perbincangan lanjut.

“Keputusan terakhir kepada Perdana Menteri. Jadi oleh kerana masih terlalu awal untuk buat keputusan kerana belum ada perjumpaan, kita bincang dan sebagainya, saya tak komen (lanjut) lah Apa tindakan seterusnya, tunggu saya balik dulu. Saya panggil dia bincang, baru kita buat keputusan,” katanya lagi.

Ismail Sabri berkata demikian kepada wakil media Malaysia dalam sidang akhbar yang diadakan susulan lawatan kerja beliau ke Tokyo, Jepun.

Katanya, beliau juga membuat keputusan untuk berhenti daripada menjadi Ahli Kabinet namun masih tetap menyokong Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Susulan kenyataan beliau, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti akan menghantar nama baharu kepada Perdana Menteri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zuraida.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, semua pihak berhak memberi pandangan, namun beliau enggan membuat keputusan selagi belum berjumpa dengan Zuraida sendiri.

Tambahnya, Zuraida masih boleh menghadiri mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

“Setakat ini dia masih boleh hadiri (mesyuarat Kabinet) sebab dia tak letak jawatan sebagai menteri kabinet, dan saya pun tak pecat dia sebagai menteri kabinet. Dia masih ahli Kabinet sehingga Rabu ini, sehingga dia berjumpa saya.

“Dan walaupun berjumpa dengan saya, saya tak tahu saya akan buat kpeutusan atau tidak. Tunggu saya putuskan, untuk dia berhenti sebagai menteri, dan saya akan lantik lain, atau kalau saya lantik yang lain.

“Jadi, kita tak tahu lagi apa sebenarnya. Sebelum itu, (semua pihak) teruskanlah seperti biasa.

“Semua orang berhak beri pandangan dan saya hormati setiap pandangan diberi, sebagai landasan saya untuk buat keputusan seterusnya, tetapi setakat ini tiada keputusan lagi,” katanya lagi.-AA

Zuraida Masih Menteri, Boleh Hadir Mesyuarat Kabinet Rabu Ini – Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker