Pesakit Covid-19 lahirkan anak ketika koma

Pesakit Covid-19 lahirkan anak ketika koma

LONDON – Seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid-19 ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin Covid-19, dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi.

Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih.

Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram.

Wanita itu yang hanya sedar selepas tujuh hari koma berkata, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Saya berasa terkejut kerana sebaik sahaja tersedar daripada koma, bayi saya telah pun dilahirkan. Saya memahami bahawa doktor mahu menyelamatkan bayi ini dan saya masih terkejut dengan keadaan ini.

“Kami berasa amat gembira dan akan kembali sebagai sebuah keluarga bersama bayi ini. Ia bagaikan satu keajaiban,” ujarnya.

Bayi yang diberi nama Kobe itu perlu dipantau rapi oleh pihak hospital selama lebih 40 hari sebelum dia disahkan sihat untuk dibawa pulang.

“Kobe ialah seorang pejuang yang hebat dan dia akan terus membesar tanpa memandang ke belakang,” kata Routs. K Online

Pesakit Covid-19 lahirkan anak ketika koma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker