Jangan terpedaya iklan skim pinjaman KWSP
Jangan terpedaya iklan skim pinjaman KWSP
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan tawaran syarikat pemberi wang yang menawarkan Skim Pinjaman KWSP.
KPKT menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan iklan-iklan yang menawarkan skim pinjaman berkenaan khususnya di laman web dan laman sosial akhir-akhir ini.
Menurutnya, iklan-iklan itu menyasarkan pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menggunakan nama Syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen atau Kredit Komuniti yang berdaftar di bawah KPKT.
“Iklan-iklan tersebut menawarkan pinjaman dengan kadar faedah antara lima hingga tujuh peratus sebulan.
“Kadar faedah ditawarkan itu jauh melebihi kadar faedah yang ditetapkan di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang (1951) iaitu maksimum 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun bagi pinjaman individu,” katanya hari ini.
Katanya, KPKT memandang serius akan penularan maklumat dan iklan ini yang dikhuatiri bukan sahaja menjejaskan imej dan kredibiliti sektor Kredit Komuniti bahkan akan turut memberi implikasi negatif kepada orang ramai.
Pada masa sama, KPKT menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penawaran skim pinjaman yang seringkali mengaitkan Syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di bawah KPKT.
Katanya, urusan dengan pihak Kredit Komuniti hanya boleh berlaku di dalam premis perniagaan yang berdaftar dan sah sahaja. K Online
Jangan terpedaya iklan skim pinjaman KWSP
Baca Artikel Menarik :
- Rosmah menangis ketika perbicaraan
- Najib saran tangguh PRN di Melaka
- Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?
- Keluarga 69! Wanita Mengaku Sanggup Kongsi Suami Dengan Kakak, Ibu Sendiri [VIDEO]
- Hina Kisona, berdepan minta maaf – Roslin Hashim
- Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam
- Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…
- Nadia Brian dijodohkan dengan Iqram sebab perangai pelik oleh netizen
- Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha
- Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?
- Resepi kacang pool sedap, pasti tambah
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.