Padah tipu bakal pak mentua: Lelaki dipenjara, disebat 6 kali

Sebaran :

Padah tipu bakal pak mentua: Lelaki dipenjara, disebat 6 kali

Gara-gara memperdaya bakal mentua sendiri kononnya dia seorang menjalankan perniagaan emas, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan, hari ini.

Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan Shah Jahan didakwa menipu Mad Rozali Botok, 65, dengan memperdayakan imam masjid itu agar percaya dia menjalankan perniagaan emas – yang sebenarnya tidak wujud – sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang bernilai RM24,200.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 9 Ogos hingga 12 Sept lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.
an dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Intan Nor Nadhirah Ismail.

Terdahulu Yusnaliza memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap Shah Jahan susulan pengakuan tersebut, manakala pihak pembelaan merayu agar tertuduh diberi hukuman yang minimum memandangkan dia mengaku bersalah dan insaf.

Perdaya serah Proton Waja

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman tiga tahun penjara dan sekali sebatan bagi setiap pertuduhan. Hakim membenarkan hukuman penjara itu dijalankan serentak mulai hari ini.

Sementara itu dalam pendakwaan berasingan, Shah Jahan berdepan tujuh lagi tuduhan membabitkan kes penipuan terhadap imam terbabit dan seorang mangsa lain.

Tertuduh turut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Fitri Mokhtar hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam tertuduh didakwa menipu Mad Rozali dengan memperdaya imam itu dengan menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM16,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 28 Jun hingga 5 Sept lalu juga di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum pemenjaraan tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Shah Jahan juga didakwa memperdayakan Husin Md Ali yang menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Waja untuk dibaiki.

Perdakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd Amin.

Bagaimanapun Muhammad Fitri menetapkan tarikh 28 November untuk sebutan semula kes bagi tujuh pertuduhan berkenaan.

Pada 3 Okt lalu dilaporkan seorang imam masjid membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang lelaki hingga mengalami kerugian sehingga RM55,800 antara Jun hingga pertengahan Sept lalu. Mk

Padah tipu bakal pak mentua: Lelaki dipenjara, disebat 6 kali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply