Pak Wan Kereta Terbang Tiada Nilai Dalam PPBM Melaka

Oleh Nurul Aisyah

PILIHAN Raya Negeri(PRN) Melaka yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat mula terasa kehangatannya. Beberapa nama mula dipetik dan dijangka akan menjadi tumpuan serangan dalam PRN tersebut.

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang lebih dikenali sebagai Pak Wan kereta terbang antara tokoh yang disebut-sebut bakal bertanding dalam PRN itu. Mungkin ramai masih tidak tahu, walaupun Pak Wan ini antara nama yang popular namun beliau dilihat tiada nilai dalam parti PPBM.

Pak Wan menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Parlimen Alor Gajah dan dipilih sebagai Menteri Pembangunan Usahawan namun beliau kalah kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dalam pemilihan sebagai ketua PPBM Bahagian Masjid Tanah sehingga 2021.

Beliau memperoleh 414 undi berbanding 328 undi yang diraih Redzuan yang juga ketua PPBM Melaka dalam pemilihan bahagian itu di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah pada Februari 2020.

Pak Wan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan di University of Leeds, United Kingdom, sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat selama lapan tahun dengan syarikat antarabangsa daripada Amerika Syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Masjid Tanah itu kemudian menyertai Petronas pada tahun 1999 dalam pengurusan aktiviti pembangunan industri minyak dan gas selama tiga tahun seterusnya menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau merupakan kenalan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, jurutera berusia 61 tahun itu kemudian mula menyertai Muhyiddin dengan membantu mengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ironinya beliau kalah kepada Mas Ermieyati Samsudin dalam pemilihan sebagai ketua PPBM Bahagian Masjid Tanah.

Selain daripada itu juga, inisiatif ‘kereta terbang’ atau konsep super dron yang dirintisnya tidak menjadi agenda utama kerajaan lagi. Pak Wan kereta terbang hanya tinggal nama. Kereta terbang beliau sudah menjadi sejarah. Mampukah beliau terus berada dalam persada politik tanahair? Sama-sama kita tunggu dan lihat kehangatan PRN Melaka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker