‘Cepat mengah, 20 peratus paru-paru rosak akibat COVID-19’
‘Cepat mengah, 20 peratus paru-paru rosak akibat COVID-19’
JOHOR BAHRU: Seorang wanita bersyukur kerana dia dan lima anaknya yang sebelum ini positif COVID-19 kembali sihat walaupun kehilangan suaminya akibat jangkitan itu pada Ogos lalu.
Nor Fairus Johar, 41, berkata, dia kehilangan suami, Selamat Omar, selepas disahkan positif pada 3 Ogos lalu dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 7 Ogos.
“Anak-anak saya positif COVID-19 tetapi pada tahap rendah manakala saya pula berada di tahap empat dan dirawat selama 20 hari di HSA di sini.
“Doktor memberitahu, 20 peratus paru-paru sudah rosak dan keadaan saya sudah tidak sama seperti dulu.
“Saya sukar berjalan dan cepat mengah jika banyak bercakap selain sesak nafas jika batuk,” katanya ketika ditemui di Flat Serantau Baru di sini.
Dia sebelum itu menerima bayaran Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keilatan di bawah Faedah Penakat yang disampaikan Exco Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad.
Nor Fairus juga memberitahu, dia tidak mampu meneruskan pekerjaan yang diusahakan suami iaitu sebagai pengusaha van sekolah.
Wanita itu juga sebelum ini tidak tahu dia layak menerima bantuan serta faedah Perkeso itu kerana suaminya tidak lagi membayar caruman selepas memandu van sekolah.
Jelasnya, kali terakhir suaminya membuat mencarum Perkeso pada 2015 ketika masih bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di daerah ini.
“Ketika pandemik COVID-19 melanda, pendapatan kami terjejas dan arwah suami mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan seperti kerja membuat rumah, mengecat dan pelbagai kerja yang boleh menampung kehidupan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur menerima pencen Penakat ini.
“Saya sendiri tidak tahu layak menerima bantuan yang amat membantu kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, selain menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000, ibu tunggal itu juga sudah mula menerima Faedah Pencen Penakat bagi arwah dengan kadar pencen bulanan RM1,635.48.-SH
‘Cepat mengah, 20 peratus paru-paru rosak akibat COVID-19’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU