Anwar tak sabar, minta kerajaan tunai janji MoU dengan segera

Anwar tak sabar, minta kerajaan tunai janji MoU dengan segera

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan tahap kemajuan yang dicapai selepas lebih sebulan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara Putrajaya dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendakwa, antara lain reformasi Parlimen lembab dan kerajaan tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya malah sengaja dilengahkan.

“Walaupun ada kemajuan, tapi kemajuan sangat lemah sehingga reformasi Parlimen belum ada kejayaan apa-apa.

“Janji dibuat sudah melebihi satu bulan dan tak ada satu komitmen untuk melaksanakannya, selain hanya war-warkan soal kestabilan. Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi, ketelusan dan semangat kerjasama seperti disebut Perdana Menteri.

“Saya nak jelaskan, betul MoU dapat meredakan suhu politk yang kami sokong pada peringkat awalnya, tapi hari ini, kita nak nyatakan kita tidak berpuas hati kerana lembab dan sengaja dilengahkan.”

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat yang menyatakan terdapat kemajuan dari segi pentadbiran selepas MoU antara kerajaan dan pembangkang dimeterai bagi memastikan kestabilan politik.

Mustapa berkata, ruang perlu diberi kepada kerajaan dalam melaksanakan transformasi yang dijanjikan dalam MoU berkenaan.

Dalam hal ini katanya, komitmen daripada semua pihak, termasuk pembangkang diperlukan supaya hasrat murni demi kepentingan rakyat dapat dicapai.

“Sudah pasti kita perlu telus dan berterus-terang. Kalau ada kemajuan, iya, dan kalau kurang kemajuan, kita harus nyatakan demikian.

“Ini penting dan sudah pasti Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli Dewan Rakyat faham dengan keadaan semasa, termasuklah reformasi Parlimen umpamanya, tindakan harus diambil bagi mencapai hasrat murni agar perjanjian 13 Sept dapat dicapai.

“Tapi kita harus sedar, kita baharu sahaja (meterainya) dan kita perlu bagi masa,” kata Mustapa. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker