Dulu saya barua DAP, kini…
Dulu saya barua DAP, kini…
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mendakwa dirinya sekarang lebih bermaruah.
Dalam sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Norhizam berkata, langkah yang diambilnya dengan tidak menyokong kerajaan negeri yang terbubar hari ini adalah demi perjuangan rakyat.
“Kalau dulu saya barua (DAP), sekarang (saya rasa lebih) bermaruah. Kita membakar diri untuk rakyat, berjuang untuk rakyat. Jawatan tak ada pun tak apa tapi kita berjuang untuk rakyat.
“Awak (wartawan) kena faham kami berempat adalah pejuang, kita membakar diri berjuang untuk rakyat,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti selepas ini, beliau mengakui selesa untuk menjadi wakil rakyat bebas.
“Saya bebas untuk bersuara dan bebas untuk bercakap isu rakyat.
“Itu sebablah kami berempat berada disini kami bukan memperjuangan untuk diri kami, saya tidak perjuangkan diri saya untuk jadi Ketua Menteri,” kata bekas exco kerajaan negeri itu lagi.
Untuk rekod, Norhizam antara empat ADUN yang terdiri daripada ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan bertindak menarik balik sokongan sehingga mengakibatkan kerajaan negeri Melaka tumbang.
Lebih daripada itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuatkuasa semalam.
Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu kenyataan hari ini. MG
Dulu saya barua DAP, kini…
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU