ADUN khianat parti bersedialah untuk dipecat – Zahid

Sebaran :

ADUN khianat parti bersedialah untuk dipecat – Zahid

UMNO memberi amaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyebabkan berlaku krisis politik sehingga kerajaan negeri jatuh.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, ADUN atau Ahli Parlimen yang berpaling tadah dan dianggap mengkhianati parti bersedia berdepan dengan tindakan.

“UMNO tidak teragak-agak memberi amaran keras kepada ADUN parti ini di Melaka yang dianggap berpaling tadah menyebabkan krisis politik ketika ini.

“Mereka yang khianat kerajaan negeri ketika ini, bersedialah untuk menerima tindakan daripada parti termasuk surat pemecatan kepada mereka.

“Mana-mana wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen hendaklah fokus dan taat kepada parti,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Dua ADUN UMNO yang telah berpaling tadah menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Norazman Hassan. MG

ADUN khianat parti bersedialah untuk dipecat – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)


Sebaran :

Leave a Reply