Patung Menakutkan Dalam Drama Bersiri ‘Squid Game’ di Netflix Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung

Patung Menakutkan Dalam Drama Bersiri ‘Squid Game’ di Netflix Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung

Kalau korang dah tonton siri dari Korea yang tengah menjadi bualan ramai ‘Squid Game’ ini, pasti korang tahu yang patung menakutkan yang membuat ‘kemunculan’ pada permainan Red Light, Green Light ini.

Menurut media daripada Korea, rupa-rupanya patung menakutkan ini bukanlah prop yang dibuat kerana ia sememangnya wujud dan boleh dilawati sekiranya korang pergi ke kawasan perkampungan tersebut.

Difahamkan, netizen di sana telah berjaya menemui patung tersebut yang difahamkan ada di sebuah perkampungan di daerah Jincheon yang terletak di Chungcheongbok-do, Korea Selatan.

Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Seoul menggunakan kereta atau bas, patung ini rupanya dimiliki oleh sebuah muzium yang dinamakan Macha Land yang merupakan muzium pameran kereta-kereta kuda di daerah Jincheon ini.

Kalau dilihatkan pada gambar, kelihatan patung tersebut seakan-akan ‘mengawal’ pintu masuk ke muzium berkenaan dan difahamkan, patung tersebut sememangnya milik muzium ini dan telah dipinjam oleh kru produksi ‘Squid Game’ untuk menjayakan siri k-drama tersebut.

Walaupun begitu, difahamkan bahawa patung ini telah kehilangan tangan kanannya semasa dipulangkan oleh kru produksi. Setakat ini, tiada penjelasan yang diberikan sehingga hari ini.

Difahamkan, sebuah forum telah mendedahkan sebenarnya patung ini mempunyai namanya sendiri iaitu Mugunghwa yang membawa maksud yang istimewa kepada rakyat Korea selain ianya juga merujuk kepada bunga kebangsaan negara tersebut.

Jadi, korang yang nak melawat patung ni selepas ini, boleh lah ke sana sekiranya sektor pelancongan antarabangsa dibenarkan nanti.

Jangan risau, patung yang ada ni tak adalah seganas yang digambarkan dalam siri tu…LM

Patung Menakutkan Dalam Drama Bersiri ‘Squid Game’ di Netflix Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker