Wanita bunuh diri selepas suami mengaku diri sebagai gay

Wanita bunuh diri selepas suami mengaku diri sebagai gay

BEIJING – Seorang wanita nekad membunuh diri selepas mengetahui bahawa suami yang dikahwininya adalah seorang homoseksual atau gay, lapor portal Oriental Daily, baru-baru ini.

Mangsa berusia 31 tahun yang juga seorang doktor dilaporkan terjun dari bangunan tempat tinggalnya sehari selepas diceraikan oleh suaminya.



Menurut siasatan polis, hubungan suami isteri ini mula bermasalah apabila suami mangsa enggan tidur sekatil selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Lelaki itu juga enggan memberi sebarang alasan atas tindakannya hingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta pendapat daripada netizen media sosial.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa suami mangsa sebenarnya seorang gay lalu wanita itu memberanikan diri berdepan dengan lelaki tersebut.

Suami mangsa pada mulanya mengaku dirinya biseksual iaitu bernafsu kepada lelaki dan wanita.



Namun begitu, penipuan kali keduanya terbongkar apabila mangsa menemui pesanan ringkas di telefon bimbit yang memaparkan perbualan dengan kekasih suaminya yang merupakan seorang lelaki.

Selepas lelaki itu mengaku dirinya sebenarnya gay, mangsa diceraikan sebelum wanita itu mengambil keputusan membunuh diri.

Ibu bapa mangsa memaklumkan ingin mengambil tindakan ke atas suaminya yang dianggap punca kematian anak tunggal mereka. K Online

Wanita bunuh diri selepas suami mengaku diri sebagai gay




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker