Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Seorang penolong pegawai perubatan diserang oleh netizen apabila dia bertindak mendakwa mereka yang dijangkiti penyakit HIV adalah sebahagian daripada hukuman tuhan. Dakwaan beliau ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengeruhkan lagi usaha kerajaan untuk menentang stigma buruk dan diskriminasi yang selalu ada pada pesakit HIV di kalangan masyarakat di Malaysia.

Mohd Izham, seorang penolong pegawai perubatan perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis sudah pun menutup akaun TikTok beliau, sehari selepas videonya tular di media sosial. Dakwaan beliau ini jelas tidak boleh diterima sehingga ada yang sudah pun membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan ke atasnya.



Video yang mula tular sejak semalam itu memaparkan Mohd Izham memberitahu pengikutnya tentang seorang pesakit yang mengaku mempunyai beberapa pasangan seksual setelah didapati positif HIV.

Di dalam video tersebut, Izham berkongsi cerita tentang pesakitnya bernama Azrul yang datang mengadu kepadanya mengenai masalah kesihatan yang dialami olehnya di bahagian kemaluan.

“Samada tiga benda.. satu HIV, yang kedua Sifilis dan yang ketiga Gonorrhea, jadi dia menjalani ujian darah,” kata Mohd Izham dalam video tersebut sambil berkongsi mengenai kudis yang dia lihat pada pesakit tersebut.

“Azrul ni memang ada HIV. HIV positif boh..,” tambahnya. Dia yang mempunyai 137,000 pengikut, juga menyatakan rasa terkejut ketika mendengar cerita mengenai ‘skandal’ Azrul.



“Tuhan menciptakan HIV [sebagai] hukuman bagi mereka yang telah melakukan hubungan seks di luar nikah,” katanya kemudian, mendesak mereka yang melakukan hubungan seks sebelum menikah untuk ‘bertaubat.’

HIV dan caranya merebak

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah wabak yang mempunyai kekuatan untuk memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Kesan kepada penyakit ini adalah pesakit akan mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.



HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Ia juga boleh merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti, seorang penagih yang berkongsi jarum suntikan, mereka yang membuat pemindahan darah dan organ yang sudah tercemar dengan wabak ini serta ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Walaupun HIV kuat di dalam badan manusia, tetapi ia lemah jika terdedah kepada luar badan manusia. Ia juga tidak akan menjangkiti manusia dengan sentuhan seperti berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS, ia tidak akan menular jika anda berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS, ia juga tidak merebak melalui bersin, batuk, berpeluh dan gigitan nyamuk.

Komen orang ramai

Setakat ini masih tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh pihak klinik dan KKM. Difahamkan bahawa akaun media sosial Mohd Izham sudahpun ditutup untuk tatapan umum. Sejak video itu tular di laman Twitter, ia telah ditonton oleh ribuan orang.



Seorang doktor yang tidak mahu disebutkan namanya berkata kepada The Vocket bahawa isi kandungan video tersebut sebenarnya baik, namun kekurangannya adalah apabila Izham mula menghukum pesakitnya, di mana ia sama sekali terpesong dari segi etika seorang pengamal perubatan.

“Sebagai pengamal perubatan, kita tak patut jatuh hukum dekat seseorang, lagi-lagi kalau kita cakap benda tu betul-betul depan pesakit yang sedang kita rawat. Itu adalah satu kesalahan.

“Apa yang kita patut buat adalah rujuk kes tersebut kepada doktor, dengan itu doktor tersebut boleh terangkan dengan lebih jelas apa sifat sesebuah penyakit itu pada pesakit tanpa ada unsur diskriminasi kepada agama atau menakut-nakutkan orang atas nama kematian. Pegawai perubatan sepatutnya menenangkan pesakitnya dalam apa juga keadaan, walaupun pesakitnya melakukan sesuatu yang salah dari segi akhlak atau agama,” kata doktor tersebut kepada The Vocket.

Walaupun video itu berisi nasihat yang baik, namun untuk menghukum seseorang disebabkan masa lalu dan kisah peribadinya adalah salah bagi seorang pengamal perubatan.



Tambahan pula, stigma yang wujud di kalangan masyarakat di Malaysia mengenai penyakit HIV masih menebal dan sebagai seorang pengamal perubatan, Izham sepatutnya membantu dalam memberi pengetahuan yang meluas mengenai penyakit ini. Vc

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker