Gunung Mont Blanc Semakin Rendah [VIDEO]

Gunung Mont Blanc Semakin Rendah [VIDEO]

PARIS: Gunung Mont Blanc kini menjadi semakin rendah akibat perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.

Ia yang terletak antara sempadan Perancis dan Itali mempunyai ketinggian 4,807.80 meter (m) pada pertengahan September lalu.

Bagaimanapun, ketinggian gunung itu merosot berbanding empat tahun lalu.

Empat tahun lalu, Mont Blanc mencatatkan ketinggian 4,808.71 m.

Secara purata, gunung itu semakin rendah sebanyak 13 sentimeter pada setiap tahun sejak tahun 2001.

Ketinggian baharu gunung tersebut diumumkan oleh pakar geografi Perancis baru-baru ini.

Penemuan itu berlaku ketika peningkatan kebimbangan di seluruh dunia tentang masalah glasier yang kerap mencair ekoran perubahan iklim.

Ketinggian Mont Blanc diukur setiap dua tahun sekali bagi membekalkan data untuk kajian saintifik. – Agensi / Mail Online

Gunung Mont Blanc Semakin Rendah [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker