MPV rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS, pemandu maut tercampak

MPV rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS, pemandu maut tercampak

TAPAH: Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan buah-buahan di Kilometer 316.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa, Tan Ying Ming, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata nahas berlaku kira-kira jam 4.30 pagi melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Innova yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh melanggar bahagian belakang lori di laluan sama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang menuju ke arah yang sama di lorong kiri.

“Selepas pelanggaran, MPV telah terbabas ke lorong kanan sebelum dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan ayam,” katanya dalam kenyataan di sini.



Menurutnya, dalam kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan MPV dan lori yang membawa muatan ayam terbakar. Bagaimanapun pemandu kedua-dua lori yang berusia 49 dan 58 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah dan bedah siasat dijadualkan petang ini selepas mendapat keputusan ujian calitan COVID-19.

Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952.



Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata kebakaran daripada kemalangan itu telah menyebabkan MPV musnah 90 peratus dan lori muatan ayam 60 peratus.-Awani

MPV rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS, pemandu maut tercampak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker