Umno dukacita kes Adib ditutup sementara sepeti kata Menteri

Umno dukacita kes Adib ditutup sementara sepeti kata Menteri

Umno dukacita apabila seorang menteri memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara dan hanya akan dibuka semula jika ada bukti baharu, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, Umno tidak pernah melupakan kes kematian Muhammad Adib dan sentiasa menuntut keadilan ditegakkan.

“Umno berpegang kepada keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 berhubung inkues kematian anggota bomba tersebut.

“Iaitu kematian Muhammad Adib selepas insiden rusuhan pada 27 Nov 2018 adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu,” katanya dalam kenyataan.

Zahid berkata, Umno sentiasa memerhati rapat perkembangan kes tersebut selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan akan meneruskan siasatan kes itu.

Katanya, Umno percaya pihak berkuasa perlu diberi masa dan ruang untuk melaksanakan siasatan mereka bagi mencari kebenaran, dan menggesa ia diteruskan sehingga kebenaran dapat dirungkai memandangkan ia telah menjadi suatu aspek kepentingan umum.

Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin dipetik berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

“Itu yang saya difahamkan tetapi mungkin mereka (pihak berkenaan) belum mengumumkan (kes berkenaan ditutup) dan melihat bagaimana kita dapat membantu keluarga Adib,” katanya.

Kata Zuraida, kes akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti yang boleh digunakan. FMT

Umno dukacita kes Adib ditutup sementara sepeti kata Menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker