Karikatur ‘Keluarga Malaysia’: Fahmi Reza disoal polis

Karikatur ‘Keluarga Malaysia’: Fahmi Reza disoal polis

Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza berkata, dia sekali lagi disiasat pihak berkuasa, kali ini berkaitan karikaturnya mengenai “Keluarga Malaysia” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, polis memaklumkan bahawa kertas siasatan dibuka di bawah “#AktaSakitHati” yang dipercayai merujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini kali pertama aku kena siasat sebab grafik pasal PM baharu. Kena turun balai lagi lah…” katanya di Twitter hari ini.

Ismail menggunakan istilah “Keluarga Malaysia” dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri dengan menggesa semua Ahli Parlimen berganding bahu dan mengetepikan segala perbezaan.

Bulan lalu, polis memaklumkan Fahmi siasatan terhadapnya bagi siasatan hasutan berhubung “playlist” – Spotify yang dikatakan mempersendakan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah – diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut”.

Fahmi membuat “playlist” di Spotify bertajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Permaisuri Agong. Ia dipercayai berkaitan dengan kenyataan baginda di Instagram.

“Playlist” berkenaan kemudian diturunkan Spotify, menyebabkan artis itu berpindah menggunakan Apple Music.

Ini bukan kali pertama Fahmi dibelenggu kontroversi. Pada 2016 dia didakwa mengikut undang-undang multimedia kerana karikatur badut menyerupai Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. FMT

Karikatur ‘Keluarga Malaysia’: Fahmi Reza disoal polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker