Hakim sebak jatuh hukum ibu, teman dera kanak-kanak

Hakim sebak jatuh hukum ibu, teman dera kanak-kanak

Tertuduh, ibu tunggal Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu di Mahkamah Sesyen Johor. – Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Tertuduh, ibu tunggal Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu di Mahkamah Sesyen Johor. – Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada ibu tunggal dan rakan serumah yang didakwa atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu.

Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman terhadap ibu tunggal, Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, hari ini selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.

Mabel Sheela dalam penghakimannya sebak ketika membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.

“Pertalian ibu dan anak adalah sangat istimewa, kalau awak (merujuk kepada ibu mangsa) tanya anak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.

“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa akan meninggal dunia,” katanya sebak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala kedua tertuduh diwakili Peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.

Dalam penghujahan Nur Diyana memaklumkan terdapat lebih 20 kecederaan fizikal terhadap tubuh mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan pakar perubatan.

Tempoh tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua-dua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana mangsa tinggal bersama mereka.

“Kekerapan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan kepada pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.

“Mangsa bukan sahaja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan serta tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul,” katanya.

Selepas mengambil kira penghujahan pendakwaan, Mabel Sheela menetapkan tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi dilihat tenang dan bersedia menerima hukuman yang bakal dijatuhkan hakim terhadap mereka.

Pada 16 Ogos lalu, ibu tunggal itu dan Awiin yang juga wanita berperwatakan lelaki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.

Awal Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya adalah ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa. BH

Hakim sebak jatuh hukum ibu, teman dera kanak-kanak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker