Ugut bunuh pemilik salon kerana rambut gugur lepas rawatan

Ugut bunuh pemilik salon kerana rambut gugur lepas rawatan

Seorang pemilik salon rambut di Klang, dekat sini, diugut bunuh oleh pelanggannya yang berang rambut gugur selepas mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira 2.15 petang kelmarin, mangsa yang berusia 25 tahun ditendang dan dicekak lehernya oleh dua lelaki bersenjatakan parang serta pisau lipat.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu bermula dengan seorang pelanggan mangsa yang membawa bersama ibu dan kakaknya ke premis mangsa di Taman Sentosa, Klang.

Beliau berkata, ketiga-tiganya kemudian mengamuk dan bertengkar dengan mangsa di dalam salon itu.

Kemudian, katanya, dua suspek bersenjatakan parang dan pisau lipat memasuki salon itu, dengan seorang daripadanya menendang belakang mangsa dan mengugut mahu membunuh wanita terbabit.

“Mangsa juga dicekak leher oleh seorang lagi suspek, sebelum kesemuanya beredar apabila pemilik salon itu menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian kerana tidak berpuas hati dengan rawatan rambut sehingga menyebabkan salah seorang wanita yang mengamuk itu gugur rambut,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, dua suspek berusia 34 dan 37 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan antara 1.15 tengah hari dan 6.15 petang semalam.

Katanya, siasatan juga mendapati salah seorang suspek itu adalah ahli keluarga kepada tiga individu yang memasuki salon itu terlebih dahulu.

“Semakan ke atas kedua-dua suspek mendapati tiada rekod jenayah lampau dan mereka kini direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Ugut bunuh pemilik salon kerana rambut gugur lepas rawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker