Tular Video Kejadian Air Pasang Di Air Terjun Filipina Meragut Nyawa Pengunjung [VIDEO]

Tular Video Kejadian Air Pasang Di Air Terjun Filipina Meragut Nyawa Pengunjung [VIDEO]

Mandi di sungai atau air terjun sudah tentu akan memberikan kesegaran yang luar biasa kerana air yang sejuk

Disebabkan itu, ramai dilihat kini gemar untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking lalu mandi di air terjun. Namun begitu, sebenarnya kita juga perlu sentiasa peka dengan arus air ketika mandi di air terjun.

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan tragedi berlaku di air terjun filipina yang telah meragut 2 nyawa dan menyebabkan seorang hanyut dan hilang telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@justunknwn

Actual footage of the unexpected gush of water in Tinubdan Falls, Catmon Cebu yesterday. #Tinubnan Falls Accident

♬ original sound – iamnameless – JustUnknown

Kejadian itu berlaku di Tinubdan Falls, Catmon Cebu pada 26 September

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa buah keluarga sedang bermandi-manda di kepala air sungai dengan seronoknya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila aliran air dilihat begitu deras dengan sekelip mata. Ada sesetengah orang yang sempat menyelamatkan diri mereka. Namun begitu, malangnya ada juga yang telah dihanyut air sungai.

Kelihatan juga seorang lelaki yang berbaju putih tidak sempat untuk pergi ke kawasan yang lebih selamat sehinggakan dia perlu menahan diri daripada dihanyut oleh air sungai yang deras di atas batu.

Menerusi laporan sumber, pada awalnya hanya hujan renyai-renyai di kawasan tersebut. Malangnya, tiada siapa akan menyangka air akan menjadi coklat seperti bencana banjir. Selepas dua minit kemudian, hujan mulai turun di kawasan itu.

Tragedi berkenaan telah mengakibatkan dua orang pemuda yang berumur 17 tahun dan 7 tahun terkorban. Seorang lagi yang dipercayai ibu mereka telah hilang dihanyut.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

Berikutan dengan kejadian itu, ramai yang mengambil iktibar untuk lebih berjaga-jaga apabila mahu mandi di air terjun

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram dan terkejut.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 3.7M tontonan, 197K tanda suka dan 6K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar. Jangan lupa sentiasa peka dengan air dan membuat langkah berjaga-jaga!-Seismik

Tular Video Kejadian Air Pasang Di Air Terjun Filipina Meragut Nyawa Pengunjung [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker