Diana sambung dua pengajian serentak

Diana sambung dua pengajian serentak

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 32, seronok akhirnya dapat merealisasikan impian menyambung pengajian.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson menyambung dua pengajian dalam satu masa iaitu A Level dalam subjek kimia, biologi dan psikologi dan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej dan Universiti Antarabangsa (INTI).



Diana berkata, dia bersyukur akhirnya dapat meluangkan masa untuk berbuat demikian.

“Saya seronok sebab dulu mungkin apa yang kita lakukan untuk ibu bapa, dan masyarakat. Habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kena sambung belajar, rakan-rakan pun ramai sambung belajar.

“Sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa pun.

“Saya hanya buat untuk diri sendiri dan motivasi itu datangnya daripada niat mahu perbaiki diri dan mencari ilmu bagi menaik taraf diri.



“Sebab bila sudah dewasa saya ada pemahaman lebih dengan apa yang mahu dilakukan untuk masa depan,” katanya kepada BH Online.

Kongsi bintang filem ImagiNur, sebelum ini, dia pernah menyambung pengajian dalam bidang bioteknologi, bagaimanapun tidak berjaya menghabiskan kerana terikat dengan kerjaya seninya.

“Sebenarnya selepas SPM saya ada masalah nak membahagikan masa untuk ‘shooting’ dan belajar. Setiap kali peperiksaan mesti waktu saya terbabit dengan penggambaran.

“Sebab saya memang pikul tanggungjawab untuk sara keluarga. Jadi, saya tiada pilihan untuk kata saya tak boleh bekerja.



“Kalau tak ‘shooting’, kiranya kewangan terganggu, jadi saya rasa sangat tertekan sebab terpaksa fikir soal tanggungjawab atau belajar.

“Bila belajar pun saya jadi macam ‘overworked’ sebab penggambaran dan nak pergi kelas setiap hari, tugasan pun banyak. Ia membuatkan saya terpaksa pilih antara dua. Kalau ikut orang lain tak perlu pilih, tapi dalam keadaan itu, saya terpaksa pilih,” katanya.

Namun, katanya, dia bersyukur kerjaya seni memberikan hasil, jadi pengorbanannya tidak sia-sia.

“Saya gembira pergi bekerja dan berjaya dalam bidang seni ini.



“Bila kahwin dan ada dua cahaya mata, saya terpaksa tunda niat nak sambung belajar,” katanya.

Pada 2019, Diana juga pernah mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan, namun memilih berhenti selepas mendapat tahu tidak diiktiraf.

“Rupanya pengajian separuh masa di sebuah pusat pengajian yang saya tak boleh kongsi itu belum diiktiraf lagi. Jadi, bila saya dapat tahu, saya rasa sia-sia, lalu berhenti selepas lima bulan.

“Kemudiannya, pandemik COVİD-19, tapi sekarang Muhammad dan Aurora sudah besar, jadi mereka dalam fasa lebih banyak bersama kawan-kawan. Saya hanya berlakon separuh masa, jadi rasanya banyak masa.



“Daripada banyak masa memberikan komitmen pada benda lain, saya putuskan sambung pengajian. Untuk pengajian A Level, dua tutor datang ke rumah di sebelah pagi ketika anak-anak ke sekolah dan untuk pengajian diploma pada Sabtu,” katanya.

Tambah Diana, suaminya, Farid Kamil juga menyokong keputusannya kerana sudah lama mengetahui keinginannya menyambung pengajian. BH

Diana sambung dua pengajian serentak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker