Mohon Maaf? Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida – “Tak Perlulah Berlakon…[VIDEO]

Mohon Maaf? Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida – “Tak Perlulah Berlakon…[VIDEO]

KEKECEWAAN yang diluahkan usahawan Ahmad Iqbal apabila kisah cintanya dijadikan bahan parodi di program MeleTOP tidak membuatkan pelawak

Danial Zaini berasa perlu membuat permohonan maaf.

Danial atau nama sebenarnya Muhamad Danial Mohd Zaini berkata, dia hanya akan bertindak demikian sekiranya usahawan itu membuktikan hasrat berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bukan gimik bagi melariskan jualan mereka.

“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.

“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” ujarnya kepada mStar.

Danial berkata demikian bagi mengulas luahan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal, 27, yang tersinggung dengan tindakan segelintir pihak mempersendakan niatnya mengahwini DSV.

Kata Iqbal, banyak content di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalan menyiarkan video parodi berkaitan kontroversi mereka.

Menerusi video itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh Iqbal di Instagram sebelum ini.

Sementara itu, Danial berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah mereka tidak menyebut nama mana-mana individu dalam video berkenaan.

“Soal parodi MeleTOP tu bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Lagipun dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

“Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” katanya-mSTAR

Mohon Maaf? Danial Zaini Cabar Iqbal Buktikan Serius Cintakan Vida – “Tak Perlulah Berlakon…[VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dato Seri Vida Tidak Serius Nak Kahwin Dan Iqbal Rasa Seperti Bertepuk Sebelah Tangan

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker