Pengganas anggap Malaysia tempat selamat – Bukit Aman

Pengganas anggap Malaysia tempat selamat – Bukit Aman

Pengganas luar negara menganggap Malaysia sebagai “tempat selamat” atau negara transit sebelum meneruskan aktiviti mereka ke lokasi lain, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Normah Ishak.

Beliau berkata, susulan itu, negara ini tidak menyaksikan banyak kejadian keganasan.



Bercakap dalam forum mengenai peranan wanita dalam pembiayaan keganasan, Normah berkata 51 daripada 558 orang yang ditahan berkaitan keganasan adalah wanita, dengan 36 daripadanya rakyat Malaysia.

Beliau berkata, “faktor penarik” bagi kumpulan seperti itu adalah dasar imigresen mesra yang antara lain menawarkan visa ketibaan untuk rakyat pelbagai negara, termasuk dari negara asal pengganas asing berkenaan.

“Saya tidak fikir adanya mana-mana memorandum persefahaman (MoU) atau kerjasama antara kumpulan pengganas di Malaysia, atau negara lain,” katanya.

Normah berkata, anggota pertubuhan pengganas hanya menjadikan negara ini “transit”, justeru mereka sedaya upaya enggan mencetuskan konfrontasi dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaannya.



“Semua dilakukan secara rahsia dan senyap,” katanya.

Normah ketika mengulas lanjut, berkata kurangnya aktiviti keganasan di negara ini juga disebabkan anggota pertubuhan pengganas Malaysia kekurangan “daya tahan”.

“Mereka tidak tahan lasak dan kurang gigih ke arah mencapai tujuan pertubuhan mereka.

“Kebanyakannya tiada momentum atau corak pemikiran untuk berkorban seperti dilakukan kumpulan pengganas lain dalam mencapai tujuan pergerakan mereka,” katanya.



Normah berkata, 13 daripada 36 wanita rakyat Malaysia yang ditahan telah didakwa manakala 16 lagi sudah dibebaskan.

“Dua daripada mereka ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), dan lima lagi ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Seramai 13 wanita itu pula dituduh mengikut Seksyen 130(J), (K), (G) dan (M) kerana terbabit dalam kegiatan keganasan, termasuk meraih sokongan atau menyokong aktiviti berkaitan keganasan,” katanya. FMT

Pengganas anggap Malaysia tempat selamat – Bukit Aman




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker