Elaun menteri, timbalan menteri terlalu mewah- syed Saddiq
Elaun menteri, timbalan menteri terlalu mewah- syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas) di Dewan Rakyat hari ini persoal jumlah gratuity atau ganjaran menteri dan timbalan menteri yang tetap dilantik walaupun kerajaan bertukar sebanyak tiga kali sepanjang penggal ini.
Katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), elaun yang dinikmati golongan menteri dan timbalan menteri adalah bersifat melampau kerana terlalu banyak dan masing-masing mencecah ribuan ringgit.
“Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai menteri, gaji seorang menteri setiap bulan RM55,000, dapat rumah yang agak mewah di Putrajaya, kereta dan pemandu serta kos makanan juga boleh dituntut, mereka juga dapat nombor plat yang bernilai ratusan ribu ringgit serta dapat dua lesen import (AP) untuk membawa masuk kereta mewah dan satu bidang tanah di Putrajaya dan elaun percutian,
“Bukan itu sahaja, bagi yang dah berkahwin boleh dapat RM100,000 hingga RM200,000 setiap tahun atas elaun percutian. Saya berharap kerajaan yang baru ini yang telah bertukar tiga kali dan ada menteri yang kekal sebanyak tiga kali, adakah ganjaran mereka dikira sekali atau pun setiap kali diberhentikan diberikan RM1 juta?” soalnya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk bincangkan perkara itu.
“Saya juga harap perbincangan itu boleh gabungkan sekali dengan isu political funding act kerana saya faham ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini berkata, mereka perlu keluarkan dana daripada poket mereka sendiri dan kita perlu ubah ini,” jelasnya. UTUSAN
Elaun menteri, timbalan menteri terlalu mewah- syed Saddiq
Baca Artikel Menarik :
- Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara
- Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]
- Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina
- Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib
- Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun
- Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO]
- Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan
- Resepi Telur Goreng Cripsy Viral
- Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong
- Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)
- https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.