Suami Ellie Suriaty Senyap-senyap Cucuk Vaksin, Dah Complete Dua Dos Pun. Ini Respond Ellie..[VIDEO]

Suami Ellie Suriaty Senyap-senyap Cucuk Vaksin, Dah Complete Dua Dos Pun. Ini Respond Ellie..

Sebelum ini, viral di media sosial berkenaan pilihan pelakon Ellie Suriaty Omar dan anak-anaknya yang tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID 19 gara-gara faktor keselamatan.

UMUM mengetahui pasangan pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan.



Namun demi tuntutan kerja, Azri, 53, rupa-rupanya sudah lengkap vaksinasi tanpa pengetahuan Ellie yang juga seorang pengarah terkenal.

Bercerita tentang hal itu kepada mStar, Ellie, 51, yang lantang menolak vaksin buat masa ini berkata dia terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.

“Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

“Pada saya… saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah,” katanya

“Dia ketua keluarga, kena cari nafkah” 

Tambah Ellie lagi, dia harus berfikiran rasional mengenai isu tersebut kerana suaminya terpaksa keluar mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Seperti semua sedia maklum, sebagai pelakon mereka haruslah melengkapkan dua dos vaksinasi sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana penggambaran satu-satu produksi.



Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah. 

“Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vaksin. 

“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ini,” kata Ellie.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang keputusan kerajaan yang belum berhasrat melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah untuk belajar secara bersemuka, Ellie berkata dia masih skeptikal tentang hal berkenaan.

“Mula-mula mereka kata memang tak ada paksaan untuk ambil vaksin, tapi akan kaunseling ibu bapa.



“Jadi ini persepsi kerajaan mengatakan ibu bapa yang memberi tekanan kepada anak-anak untuk tidak divaksin.

“Seolah-olah kita dituduh tidak menjaga kesihatan anak-anak. Anak-anak belong to their parents not belong to the government. Pada saya itu statement yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ellie akan buat keputusan untuk berhentikan anak-anak dari sekolah sekiranya masih dipaksa terima vaksin.



Katanya lagi, sekiranya kerajaan masih enggan menghormati keputusan mereka, dia tidak teragak-agak untuk berhenti menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Walaupun dipanggil untuk kaunseling I would still say no. Harap kerajaan hormati keputusan ibu bapa.

“Anak-anak mengadu kawan-kawan pulaukan mereka, tapi tak apa la kena pulau… tak ada la sampai nak bermusuh, its ok.

“Tapi I have to choose berhentikan anak sekolah, not going to school. Diskriminasi ni sangat buruk untuk mental,” ujarnya.-mSTAR



Suami Ellie Suriaty Senyap-senyap Cucuk Vaksin, Dah Complete Dua Dos Pun. Ini Respond Ellie..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker