Hilang seminggu, wanita rupanya mati kereta terbalik dalam parit

Hilang seminggu, wanita rupanya mati kereta terbalik dalam parit

Seorang wanita ditemui maut lebih seminggu selepas keretanya terjunam ke dalam parit dalam kemalangan dekat Ladang Maryland, Jalan Batu Puteh- Sungai Kob, Kulim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Sazalee Adam, berkata mangsa, L Hemavathi, 43, yang bekerja sebagai operator kilang, hilang sejak 16 September lalu, selepas melaksanakan upacara sembahyang ke atas mendiang suami yang meninggal dunia sejak 2008 di sebuah kuil kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, adik lelaki mangsa yang risau keselamatan wanita itu setelah tidak pulang ke rumah telah membuat laporan kehilangan mangsa.

“Mangsa tinggal di Kampung Penyengat, Karangan telah keluar untuk ke sebuah kuil di Taman Sepilai dengan memandu kereta jenis Honda Jazz miliknya. Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah dan telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Sazalee berkata, kereta mangsa kemudiannya ditemui dalam sebuah parit besar berhadapan kuil kira-kira jam 8.30 pagi pada Jumaat selepas lebih seminggu dilaporkan hilang.

“Mangsa disyaki terbabas ketika melalui laluan terbabit sebelum terjunam ke dalam parit sehingga menyebabkan kereta terbalik dan terlindung dari arah jalan besar.

“Kejadian itu menyebabkan kereta mangsa remuk terutama di bahagian bumbung dan hadapan. Mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan, namun tiada unsur jenayah berlaku dalam insiden itu memandangkan barang kemas milik mangsa seperti rantai leher dan tangan, cincin serta pakaian masih lengkap. FMT

Hilang seminggu, wanita rupanya mati kereta terbalik dalam parit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker