Lelaki Bila Usia Cecah 40-an, Tiba-Tiba Minat …?

Lelaki Bila Usia Cecah 40-an, Tiba-Tiba Minat …?

PERCAYA atau tidak, rata-rata lelaki mula mengecap kestabilan hidup bermula pada usia 40-an. Ini merupakan usia di mana seorang lelaki mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang mereka lakukan.

Tidak semua tetapi ramai lelaki yang pada usia ini pasti akan faham apa yang MASKULIN cuba perkatakan.

Malah inilah usia di mana ramai lelaki mula mengecap kestabilan dari segi ekonomi.Maka tidak hairanlah lelaki pada usia mencecah 40-an akan mula mencari minat atau hobi baru yang sebelum ini dia sendiri pun tidak pernah terfikir. Bagi yang kurang memahami mulalah menganggap golongan lelaki ini seakan buang tabiat atau berperangao aneh. Walhal ia merupakan satu fasa yang cukup normal dalam mana-aman kehidupan seorang lelaki.

Jadi amat penting seorang lelaki itu mendapat support system yang baik dari keluarga dan rakan-rakan.

Asalkan tidak membawa kemudaratan pada diri dan keluarga bagi MASKULIN ia sudah mencukupi.MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang lelaki suka buat sama ada baik atau aneh bila menjelang usia emas ini.

Tidak lokek berbelanja untuk pakaian baharu

Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.

Ubah gaya rambut

Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala K-pop. Yang penting nampak tampan.

Berkawan dengan orang muda

Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat.

Mulalah start cari geng-geng muda untuk diajak ‘ngeteh’. Boleh dengar mereka sembang pasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham.

Minat kereta pacuan 4 roda dan motor besar

Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.

Peka dengan penjagaan diri

Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.

Fikir ingin tukar kerjaya

Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.

Berani mencuba diet dan senaman

Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh.

Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tips daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan mahu tampil segak.

Gemar membaca majalah dan gajet terkini

Dulu anda suka baca yang bukan-bukan dan tidak berfaedah namun setelah usia menjengah ke fasa yang baharu sebelum tua, pada masa inilah anda baru dan mula cari bahan bacaan seperti laman sesawang dan media sosial seperti Maskulin!

Gajet terkini

Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya.

Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date dan tidak ketinggalan zaman.

Umur itu rahsia!

Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.

Layan lagu orang muda

Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar gemarkannya.

Terikut fesyen terkini

Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!-Maskulin

Lelaki Bila Usia Cecah 40-an, Tiba-Tiba Minat …?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker