Gadis Ini Berdepan Detik Cemas Bila Jerung Pun Nak ‘Photobomb’

Gadis Ini Berdepan Detik Cemas Bila Jerung Pun Nak ‘Photobomb’

SEORANG pelajar dari Florida, Amerika Syarikat berdepan detik mencemaskan apabila seekor jerung tiba-tiba muncul seolah-olah melakukan ‘photobomb’ ketika sedang bergambar di persisiran pantai Florida baru-baru ini.

Ketika kejadian, Kristina Lowe, 18, sedang bersiap sedia untuk bergambar sebelum jerung berukuran empat kaki tiba-tiba muncul.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila Lowe dan rakannya, Annalea Burr segera naik ke daratan.

“Ia sangat gila. Ini adalah kali pertama saya ‘jumpa’ jerung. Kawan saya sedang mengambil gambar saya di dalam air untuk dimuatnaik ke Instagram.

“Saya rasa ada sesuatu menggosok kaki saya. Saya lihat ke bawah dan ia seakan-akan ada seekor ikan besar.

“Apabila saya sedari ia jerung, saya mula berlari gara-gara panik,” kata Lowe.

Walaupun ‘terserempak’ dengan jerung, Lowe menegaskan dia tidak pernah serik untuk kembali bermain di pantai sekali lagi.

“Saya pasti akan kembali bermain air. Saya tinggal di sini sepanjang hidup saya, jadi ia tidak sesekali dapat menghalang saya.

“Semua orang bimbang tentang saya kerana situasi itu cukup menakutkan tetapi saya kini baik-baik saja,” katanya. – Daily Star 

Gadis Ini Berdepan Detik Cemas Bila Jerung Pun Nak ‘Photobomb’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker