Kenapa KP SPRM ambil masa nak rehat atau tidak – Shahrir

Kenapa KP SPRM ambil masa nak rehat atau tidak – Shahrir

Veteran Umno, Shahrir Samad mempersoalkan tempoh yang diperlukan untuk memutuskan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki wajar direhatkan atau sebaliknya.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berpendapat, kelewatan memutuskan perkara itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti dan integriti SPRM, tetapi turut memberi impak kepada imej kerajaan.

“Dari segi urus tadbir yang baik, ia menimbulkan tanda tanya mengapa adanya tempoh antara masa isu itu mula terbuka dengan masa mendapatkan keputusan (Perdana Menteri) sama ada harus direhatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM atau tidak,” katanya melalui catatan Facebook hari ini.

Isu itu mendapat perhatian selepas siasatan terhadap tiga pegawai kanan SPRM membabitkan kes kehilangan wang berjumlah ASD6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Shahrir berkata, kes itu bukan perkara kecil yang wajar dilengahkan kerana ia membabitkan tahap keyakinan awam terhadap SPRM.

Beliau dipercayai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat semalam yang mempertahankan tindakan SPRM menyiasat pegawainya sendiri yang terbabit dalam kes itu, walaupun keputusan berkenaan dipertikaikan kerana kes kecurian bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Wan Junaidi juga dilaporkan menolak cadangan supaya Azam bercuti sementara siasatan dilakukan.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan merehatkan Azam akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Majlis Presiden Pakatan Harapan turut mencadangkan Azam direhatkan sementara siasatan dijalankan ke atas tiga pegawai kanannya yang direman dari 14 hingga 19 Sept lalu.

Shahrir turut mempertikaikan kenapa SPRM hanya mengeluarkan kenyataan rasmi selepas tempoh reman tiga pegawai kanan itu berakhir.

“Ikut cakap menteri di Parlimen, laporan polis dibuat hanya selepas Ahli Parlimen DAP menimbulkan perkara ini dalam perbahasan terhadap titah diraja.”

Beliau berkata, kes itu tidak wajar dibiarkan hingga mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan dan SPRM.

“Ini soal integriti dan urus tadbir baik. Dan ke mana pergi duit itu semua? (Sama ada) yang tulen dan yang palsu, banyak tu! Where is the money? Follow the money!” katanya yang berharap kes itu disiasat dengan telus. FMT

Kenapa KP SPRM ambil masa nak rehat atau tidak – Shahrir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker