Guan Eng bayangkan DAP tak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkat

Guan Eng bayangkan DAP tak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkat

Ketua Penerangan Bersatu Khairul Anuar Ramli berkata dengan membawa DAP ke Putrajaya dalam jajaran baru akan menyebabkan usaha pemerkasaan Bumiputera terhalang.

Khairul memberi contoh kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung penolakan cadangan syarat 51 peratus pemilikan Bumiputera bagi syarikat penghantaran barang.

“Laporan berita ini jelas menyebut bahawa apabila mereka mempunyai kuasa, Setiausaha Agung DAP yang memegang Kementerian Kewangan “menolak cadangan pelaksanaan syarat 51% pemilikan Bumiputera dalam syarikat penghantar fret ketika menjadi menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Inilah sikap DAP yang kita mesti lawan.

“Apabila tiba ke agenda Bumiputera, ada sahaja alasan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Lim berkata tidak adil bagi syarikat penghantaran barang yang telah beroperasi diarah menjual sebahagian pegangan syarikat bagi mematuhi cadangan peraturan ekuiti bumiputera 51 peratus.

Bekas menteri kewangan berkata demikian sebagai respon terhadap gesaan Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) agar kerajaan menjelaskan dasar itu – yang belum diperincikan walaupun ia perlu dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Kenyataan terbaru Lim Guan Eng membayangkan bahawa DAP tidak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkatkan.

“Sebagai sebuah negara yang terasnya Bumiputera, kita wajib berusaha mempertingkat pemilikan ekuiti di kalangan Bumiputera.

“Tetapi DAP tidak pernah selesa dengan agenda ini,” kata Khairul.

Lim berkata, perkara itu pernah dicadangkan kepadanya ketika dia menjadi menteri kewangan tetapi ditolak.

FMFF sebelum ini mengadu yang peraturan pegangan bumiputera untuk pemegang lesen kastam IILS tidak dikenakan kepada syarikat asing, justeru memberi kelebihan yang tidak adil kepada mereka.

Peraturan semasa menetapkan syarikat penghantaran barang dengan lesen kastam yang didaftarkan sebelum 1976 dikecualikan dari sebarang peraturan ekuiti bumiputera.

Bagi syarikat yang berdaftar antara 1976 dan 1990, ia mesti mempertuntukkan 30 peratus ekuiti bumiputera dan syarikat yang didaftarkan selepas 1990 mesti memperuntukkan 51 peratus ekuiti bumiputera.

Syarikat yang mempunyai lesen kastam Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS) pula tidak dikenakan peraturan itu. Mk

Guan Eng bayangkan DAP tak mahu lihat ekuiti Bumiputera dipertingkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker