Covid-19 akan jadi seperti selesema biasa
Covid-19 akan jadi seperti selesema biasa
Pencipta vaksin AstraZeneca, Dame Sarah Gilbert percaya bahawa Covid-19 akan bertukar menjadi lemah seperti selesema biasa dan tidak dapat ‘mengelak’ daripada keberkesanan vaksinasi, lapor akhbar The Sun semalam.
Menurut Gilbert, virus Sars-CoV-2 yang menjadi penyebab kepada wabak itu, tidak akan bermutasi menjadi varian berbahaya, sebaliknya menjadi virus korona yang wujud dalam kehidupan harian.
“Kita sudah pun hidup dengan empat virus korona manusia berbeza yang tidak terlalu dihiraukan. Saya berpendapat bahawa Sars-CoV-2 akan menjadi satu daripada virus itu.
“Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai keadaan itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawalnya sebelum keadaan itu mampu dicapai,” katanya.
Tambah Gilbert, Covid-19 juga tidak dapat bermutasi untuk mengelak daripada vaksin yang diberikan.
“Lonjakan dalam protein yang disasarkan oleh vaksin hanya memiliki kemampuan terbatas untuk bermutasi, namun virus masih boleh masuk ke dalam sel manusia.
“Sekiranya ia mampu mengubah protein yang melonjak sehingga tidak dapat berinteraksi dengan reseptor, barulah ia tidak dapat memasuki sel manusia,” ujarnya.
Sementara itu, Gilbert menegaskan bahawa vaksinasi adalah perkara paling penting bagi mengawal pandemik pada masa akan datang.
Menurutnya, persiapan terhadap sebarang kemungkinan pandemik pada masa hadapan adalah penting bagi memastikan wabak tidak dapat menular kepada banyak negara.
“Kita perlu mampu untuk bertindak pantas terhadap mana-mana wabak sebaik sahaja ia dikenal pasti seperti melaksanakan vaksinasi pada populasi tempatan, mengawal wabak dan menghentikannya daripada terus merebak,” jelasnya. K Online
Covid-19 akan jadi seperti selesema biasa
Baca Artikel Menarik :
- Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun
- Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN?
- Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong
- Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed
- Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun
- Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur
- Najib cabar Rayer bawa pakar cukai
- Who really is Shafie and why does he oppose that MoU?
- Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap
- Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang
- Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.