1 daripada 3 pegawai kanan SPRM disiasat berkait kes dadah, senjata api

Sebaran :

1 daripada 3 pegawai kanan SPRM disiasat berkait kes dadah, senjata api

Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki terlibat mencuri barang kes bernilai RM6 juta turut disiasat membabitkan kes pemilikan dadah dan senjata api.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, berkata suspek ditahan Selasa lalu bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berkenaan.

“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan oleh polis berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya dan memiliki senjata api serta peluru.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung tangkapan itu iaitu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 akta sama serta Seksyen 1293) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan.

Abd Jalil berkata, suspek direman selama empat hari hingga 25 September untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berkait dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan, dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan membuat siasatan menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana ia akan menjejaskan siasatan.

Semua individu terbabit direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 September. FMT

1 daripada 3 pegawai kanan SPRM disiasat berkait kes dadah, senjata api


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal


Sebaran :

Leave a Reply