Polis buka kertas siasatan video, mesej lucah pendakwah terkenal

Polis buka kertas siasatan video, mesej lucah pendakwah terkenal

Pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes video dan mesej lucah tular di aplikasi Telegram yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abd Jalil Hassan berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.



Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, Jalil mengingatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial secara berhemah agar tidak menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (KUSJT), Junainah M Kasbolah, Jabatan Siasatan Bukit Aman atau Pegawai Penyiasat Kes, Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071.

Semalam media melaporkan, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengajak orang ramai tampil membuat pendedahan berhubung kes gangguan seksual didakwa membabitkan pendakwah popular.



Firdaus berkata usaha itu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa berani tampil membuat laporan polis.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan sebahagian perbualan gangguan seksual yang dikatakan antara hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.

“Kesemua bukti-bukti yang kami kongsikan di Telegram telah diserahkan oleh mangsa kepada pihak polis. Bukti-bukti tersebut tidak pernah kami sebar atau kongsikan agar tidak mengganggu siasatan pihak polis,” katanya. FMT

Polis buka kertas siasatan video, mesej lucah pendakwah terkenal




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker